
Rakan Akrab dan staff dari Bahagian BPIT Putrajaya telah berkesempatan menziarahi En. Mustafa Jabar yang menerima rawatan selepas mengalami kemalangan kecil akibat terjatuh di bilik air.
Beliau telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah menerima rawatan sewajarnya. Syukur ke hadrat Allah SWT, keadaan beliau semakin baik dan telah dibenarkan discaj pada hari ini.
Ziarah ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada rakan-rakan kepada beliau serta keluarga. Semoga kehadiran ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada En. Mustafa untuk terus pulih sepenuhnya.
Sama-sama kita doakan agar En. Mustafa Jabar diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.
Amin Ya Rabbal Alamin.