
Satu sesi kelompok telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2025 bertempat di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), melibatkan seramai 85 orang pegawai Jabatan Pertanian (DOA).
Pemilihan peserta adalah berdasarkan data daripada Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD), yang mengenal pasti pegawai-pegawai yang berisiko mengalami isu kesihatan psikologi. Pelaksanaan sesi ini bertujuan memberi sokongan awal, meningkatkan kesedaran serta membantu peserta mengurus tekanan dan cabaran emosi secara lebih berkesan.
Sesi kelompok ini juga berperanan sebagai platform sokongan psikososial yang selamat dan terarah, selaras dengan komitmen KPKM dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan mental warga kerja. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi impak positif terhadap keseimbangan emosi, produktiviti dan kesejahteraan keseluruhan pegawai DOA.