
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah telah berjaya dilaksanakan pada 16 Ogos 2025. Program ini dianjurkan oleh Majlis AKRAB Kebangsaan dengan kerjasama AKRAB Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta AKRAB Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan hidupan liar di samping mengukuhkan semangat kesukarelawanan dan kerjasama antara agensi. Aktiviti yang dijalankan turut memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai usaha pemuliharaan dan pengurusan gajah di Malaysia.
Program CSR ini telah melibatkan penyertaan seorang (1) wakil AKRAB Jabatan Pertanian (DOA). Penglibatan ini mencerminkan komitmen AKRAB DOA dalam menyokong inisiatif kebajikan, kelestarian alam sekitar serta penglibatan komuniti secara berterusan.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara AKRAB pelbagai kementerian serta menyemai nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga perkhidmatan awam.