
Satu kunjungan ziarah telah diadakan ke kediaman keluarga Arwah Puan Nazirah binti Abdul Rahman, pegawai pertanian daerah yang bertugas di Pusat pertanian Hulu Paka, Terengganu, yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan pada 13 Julai 2025.
Kunjungan ini bertujuan menyampaikan ucapan takziah serta sokongan moral kepada ahli keluarga arwah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Didoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.